PENDAHULUAN


UCAPAN PENGETUA








Dengan Nama Allah Tuhan Yang Bersifat Dengan Arrahman dan Arrahim.
    Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Mursalin dan seafdhal-afdhal makhluk, Sayyidina Muhammad S.A.W dan Ahli Keluarga serta Para Sahabat baginda.
           Saya bagi pihak warga SMA Darul Ulum (SMADU) ingin merakamkan Salam Perkenalan kepada Seluruh Kaum Muslimin dan Muslimat, Semoga dengan ukhuwah ini akan memberi manfaat samada di dunia dan akhirat.
            SMADU adalah salah sebuah institusi pengajian islam diperingkat menengah yang menjalankan 2 aliran kurikulum iaitu Akedemik dan Arab yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
            Wawasan kami adalah untuk menyediakan asas kepada para pelajar bagi melahirkan para ilmuwan yang berkemahiran dalam bidang akademik dan agama seterusnya menjadi insan yang bertaqwa seiring dengan perkembangan ilmu.
            Dikala umat sedang menghadapi krisis akidah, ibadah dan akhlak maka sangat wajar bagi muslimin dan muslimat sekalian memikirkan langkah yang sewajarnya bagi  melahirkan generasi yang dapat mengimbangi tuntutan jasmani dan rohani dengan lebih efektif.
Sekian, terima kasih,
Wassalam.

Tn. Hj Muhamad Bin Ismail
Pengetua,
SMA Darul Ulum,
Ledang.